Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Dimaklumkan Gerekers Sungai Petani ( GSP ) ingin menganjurkan kayuhan sempena cuti sekolah ke destinasi yang diberi nama HUTAN LIPUR TUPAH iaitu pusat rekreasi air terjun.Kayuhan ini adalah semata-mata untuk mengeratkan silaturrahim di antara ahli dan gerekers yang lain.Yang dekat dirapatkan, yang jauh didekat-dekatkan.Jarak kayuhan ulang alik sekitar 30km.Butiran event adalah seperti berikut:
Tarikh: 15 MARCH 2009 ( 18 RabiulAwal 1430H)
Hari : AHAD
Masa : 0700 – 0730 ( berhimpun di Railway Station Sg.Petani)
0730 – 0740 – Taklimat kayuhan oleh Presiden GSP ( Chegu Kamal)
0745 – 0900 – Kayuhan ke Hutan Lipur Tupah
0900 – Sarapan ( disediakan oleh GSP )
0930- 1100 – Aktiviti riadah/forum gerektua/barter barangan
1100- 1300 – Kayuhan pulang ke Railway station Sg.Petani
1300 – Bersalam-salaman & bersurai
Penyertaan : TERBUKA kepada semua yang mempunyai gerek tua/gerek
Peralatan : Pakaian untuk mandi air terjun / tools.
Para gerekers yang mana dok ada di Sg.Petani atau di kawasan -kawasan yang sama waktu dengannya dijemput hadir dan kayuh di hujung minggu ni.Bukan apa, aktiviti ini sebagai salah satu aktiviti riadah dan mengisi masa lapang di hujung minggu.Sekali lagi dialu-alukan,JEMPUTLAH HADIR KE LE TOUR DE TUPAH…(KEDAH MAJU 2010).Terima kasih.
Maklumat mengenai Hutan Lipur Tupah.
|
Hutan Lipur Tupah berada dalam Hutan Simpan Gunung Jerai yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah pada ketinggian 100 – 200 meter pada aras laut. Keunikan hutan ini ialah kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna. Sungai Tupah yang mengalir dari puncak Gunung Jerai sepanjang 2 km sesuai untuk aktiviti mandi-manda, berkelah, beristirahat dan aktiviti berkumpulan. Terdapat denai hutan sepanjang 10 km menuju ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang.

Hutan Lipur Tupah ini berhampiran dengan kawasan Hutan Simpan Hutan Dara dan tumbuhan utama yang terdapat di sini adalah seperti Meranti tembaga, Meranti sarang punai dan Keruing. Terdapat juga lain-lain tumbuhan seperti Simpoh dan Sepetir. Bagi mereka yang gemar dalam aktiviti lasak batu dinding di kawasan ini sesuai untuk aktiviti mendaki secara lasak dan mencabar. Bagi mereka yang berani dan tabah bolehlah mendaki sehingga ke puncak Gunung Jerai.
|
Lokasi:
Bedong, Kedah
Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Kedah Tengah,
08000 Sg.Petani, Kedah.
Tel. : 04-4212835
Terletak 14 km dari Pekan Bedong, 54 km dari Bandar Alor Setar. Boleh di hubungi melalui jalan raya.
Berbagai aktivit yang boleh dijalankan seperti mandi-manda, berkelah, berkhemah, trekking, jogging, bersiar-siar, mendaki gunung dan melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan ini.
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Pekan Bedong.
|


|