Salam pada gerekers semua..
Pada 31 Ogos 2008 yang lalu, Gerekers Sungai Petani (GSP) telah menganjurkan kayuhan Merdeka mengelilingi Pekan Sungai Petani.Jarak kayuhan sejauh 20km dan bermula dari jam 8.40pagi sehingga 1.30petang.Kayuhan memang menyeronokkan kerana ia dihadiri oleh semua lapisan umur ( mooda moody dan oldtimer ) dan rata-rata dressing stail orang zaman dahulu.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan kayuhan ini.Semoaga hobi yang indah ini terus dilestarikan dan menjadi pengisi masa lapang yang berguna kepada kita semua.Dilampirkan foto-foto terindah untuk masa depan.Lain kali,kita berkayuh lagi..Merdeka!Merdeka!Merdeka!
Berkumpul di perkarangan sekolah sebelum memulakan kayuhan
Siap sedia untuk memulakan kayuhan
Cop gerek masing-masing
Fuad sedang memeriksa barisan gerek-gerek tua
Check point yang pertama ( Dataran Sg. Petani )
Hari yang sungguh ceria untuk dipenuhi dengan aktiviti kayuhan..
Posing maut dari bebudak Cikgu Kamal
Amboi segak bergaya anak murid dan guru nya
Otai Penang pun turut serta
Cgu B dan ehemmm..Cgu H_____
Tok Imam dan Tok Siak pun kayuh gak…
1..2..3..Loceng…
Deretan gerek tua menghiasi Restoran Subaidah Nasi Kandar
Best dapat kayuh depan Jam Besar Sg.Petani
Sarip Dol samseng Kg.Dusun
BSA Airborne merentasi Jam Besar Sg.Petani
Mengatur strategi perjalanan seterusnya
Kayuh beriringan mengimbau nostalgia lama
Patut lah bunyi pon..pon..pon…pakai ekzos besi rupa nya…
Berhenti seketika..mengalami kerosakan kecil
Kami Anak Malaysia!!
Kami warga Gerekers Sungai Petani ( GSP )
Syukur..Kayuhan Merdeka kita berjaya
Terima kasih kepada para Marshall
Yakin Boleh GSP!!
Last but not least..
Terima kasih kepada semua.
Semoga kayuhan di masa akan datang akan lebih ramai penyertaannya.Insya ALLAH.
Merdeka!Merdeka!Merdeka!
Chegu Hopper
























