Perasmian Logo Komuniti Pemilik Basikal Klasik Malaysia (KPBKM) telah dilancarkan pada 16hb Ogos 2009 ( AHAD) bersempena pertandingan basikal klasik di Sijangkang anjuran Anjung Sepeda Antik Sijangkang(ASAS). Pendaftaran untuk menjadi ahli dalam komuniti tersebut telah dibuka mulai sekarang. Para pemilik basikal antik /klasik dialu-alukan untuk mendaftar sebagai ahli sebagai tanda sokongan kepada usaha murni ini demi memartabatkan Khazanah Malaya daripada terus luput ditelan waktu dan tidak bernilai. Berita selanjutnya dan pendaftaran sila layari : ASAS /Anjung Sepeda Antik Sijangkang.
Sumber diperolehi daripada ASAS,KSTKPB dan KSTJB



MISI KPBKM
-
Memartabatkan basikal klasik melalui silaturrahim
-
Memiliki dan melestari basikal klasik melalui aktiviti berfaedah
-
Melahirkan masyarakat yang peka akan warisan dan khazanah silam
-
Melahirkan masyarakat yang berilmu terhadap basikal klasik
Kumpulan Sasaran: Semua pemilik-pemilik basikal klasik di Malaysia.
Sekian,Terima Kasih.