RSS

Rhino Loop Frame 30an

Salam..

Jenama basikal ini ialah Rhino ataupun org utara panggil Chap Badak.Basikal ini keluaran tahun 1930an.Pemilik basikal lengkung ini merupakan pengumpul basikal klasik tegar sekitar tahun 90an.Banyak koleksi nya sudah terjual dan ada beberapa basikal klasik masih disimpan rapi untuk tatapan anak cucunya.Terima kasih.

Basikal Lengkung Rhino 1930an

spesifikasi:

HANDLE BAR CHAP BADAK

FORK CHAP BADAK

SADDLE KLOSTER

RIM LIPAT DUNLOP

KUNCI ABUS

BELL LUCAS

PEDAL BRAMPTON

 

 
Leave a comment

Posted by on June 16, 2010 in gerek rare

 

B.S.A (Berkat.Syukur.Alhamdullillah)

Salam..

Berkat.Syukur.Alhamdullillah merupakan kalimah pertama yang terkeluar daripada mulut gerekers ini pabila dapat memiliki gerek/basikal B.S.A sports frame 22″ yang dicari-carinya.Saya sendiri teruja apabila melihat gerek ini kerana ia cukup sukar didapati di tanahair kita, kerana ini merupakan kali pertama saya terjumpa spesis ini.Mungkin ada di antara kita juga memilikinya ( Tahniah ), maka ianya sekadar untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan akan kewujudan spesis BSA  ini di tanahair kita Malaysia.Semoga kita mendapat sedikit input/dapatan daripada khazanah yang dimiliki oleh rakan-rakan kita.Terima kasih.

bsa s1
BSA Sports
bsa s2
Mudguard
bsa s3

Dyno lite

bsa s6

Brake B.S.A

bsa s7

Saddle Brooks

bsa s4

The famous BSA 3 speed hub

bsa s12

3 speed BSA trigger

bsa s16

Chaincase

 
2 Comments

Posted by on October 5, 2009 in aku gerekers sg. petani, gerek rare

 

Gerek Norman 24″

Salam..

Basikla tua/sepeda/gerek tua berjenama Norman ini bersaiz roda 24 inci. Tuan punya miliknya juga merupakan seorang gerekers dan collector tegar yang fanatik dengan segala barangan buatan England.Berikut ialah spesifikasi basikal tua Norman ini:

  • Handle Norman ” Made In England “
  • Rim W.O Dunlop 24″
  • Saddle B66 Brooks
  • Pedal Norman ( Pehhhh…)
  • Crank Williams
  • Lampu dan Dinamo Miller
  • Pam Made In England
  • Rantai Coventry
  • Mudguard asal
  • Basikal ini sudah di cat ulang
emblem norman

Emblem Norman

Pandangan sisi

Pandangan sisi Norman 24"

handle

Handle Norman " Made In England"

no siri

Nombor siri di tengkuk hadapan

Pedal

Pedal Norman

 

 
4 Comments

Posted by on September 9, 2009 in gerek rare

 

Komuniti Pemilik Basikal Klasik Malaysia(KPBKM)

Perasmian Logo Komuniti Pemilik Basikal Klasik Malaysia (KPBKM) telah dilancarkan pada 16hb Ogos 2009 ( AHAD) bersempena pertandingan basikal klasik di Sijangkang anjuran Anjung Sepeda Antik Sijangkang(ASAS).  
Pendaftaran untuk menjadi ahli dalam komuniti tersebut telah dibuka mulai sekarang. Para pemilik basikal antik /klasik dialu-alukan untuk mendaftar sebagai ahli sebagai tanda sokongan kepada usaha murni ini demi memartabatkan Khazanah Malaya daripada terus luput ditelan waktu dan tidak bernilai.  Berita selanjutnya dan pendaftaran sila layari : ASAS /Anjung Sepeda Antik Sijangkang.
Sumber diperolehi daripada ASAS,KSTKPB dan KSTJB
banner1
 
banner2
 
banner3
MISI KPBKM
  • Memartabatkan basikal klasik  melalui silaturrahim
  • Memiliki dan melestari basikal klasik melalui aktiviti berfaedah
  • Melahirkan masyarakat yang peka akan warisan dan  khazanah  silam
  • Melahirkan masyarakat yang berilmu terhadap basikal klasik

Kumpulan Sasaran: Semua pemilik-pemilik basikal klasik di Malaysia.

Sekian,Terima Kasih.

 

 
12 Comments

Posted by on August 19, 2009 in komuniti gerektua

 

Pertandingan Sepeda Antik 2009 di Sijangkang

Salam..

Poster sijangkang

PETA

 

Satu Pertandingan Sepeda Klasik anjuran Kelab Sukan Medan Bakti dengan kerjasama Anjung Sepeda Antik Sijangkang akan diadakan pada :-

Tarikh : 16 Ogos 2009
Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Padang Awam,Waja Kohoku,Telok Panglima Garang,Selangor D.E

Kategori yang dipertandingankan adalah :-

Kategori Sepeda 24″,26″ dan 28″
Kategori Sepeda Lengkung
Kategori Sepeda Chopper
Kategori Sepeda Khas

Semua borang pendaftaran boleh dihantar semasa hari pertandingan mulai pukul 8.00 pagi.

Setiap penyertaan akan disertakan dengan sijil penyertaan.

Untuk maklumat lanjut dan borang pendaftaran boleh hubungi:

Cik Eton :- 0132721662 atau;

Download borang disini:-
Borang Pertandingan

Maklumat lanjut:-
Anjungsepedaantiksijangkang

Sekian.Penyertaan tuan dan puan sangat-sangat dialukan untuk memeriahkan lagi senario hobi ini.Terima kasih.

 
1 Comment

Posted by on August 4, 2009 in Pertandigan Gerek

 

Raleigh Lady’s Fork Bulat..

Salam..

Gerek tua berjenama Raleigh Lady’s Sports ini merupakan salah satu gerek yang sukar diperolehi dan amat jarang ditemui di jalan raya.Kalau terserempak,jangan berlengah lagi…pinang terus ya…Amat bertuah kepada owner nya yang bermati-matian untuk memiliki gerek ini.Peralatan dan perkakasan  di gerek ini hampir 95% original dan sayangnya ia tidak diselenggara dengan baik ketika dijumpai.Spesifikasi perkakasannya ialah:

1. Saddle Terry ( Made In England)

2. Rim Dunlop Endrick ( 26 x 1 3/8) Made in England

3. Tayar Dunlop

4. Brake Made In England

5. Stem ( kecik tapi ada cop orang tua)

6. Fork bulat

7.Pedal / Crank Raleigh

8.Tail Light Miller

9.Mudguard

10.Loceng Lucas ( KOTR )

11. Miller Lamp dan dinamo Miller

12.Three Speed ( SA)

Selamat berkongsi ilmu dan pengalaman,jika ada perkongsian ilmu dan info,silakan curahkannya di ruangan komen.TQ

Raleigh

Pandangan sisi spesies terancam..

fork bulat raleigh

Fork Bulat tersergam indah

P7070829

Stem dan lamp hook Raleigh

Raleigh

Sticker Raleigh samar-samar di atas galang..

saddle

Saddle/seat/pelana Terry 3 spring..suitable untuk gerek ini..

oilcase

Peti rantai ( ada lubang minyak di atas )

oilcase

Peti rantai ( lubang minyak di bawah )

mudguard belakang

Mudguard Belakang

brake

Perhatikan tuas brake nya betul-betul...

brake 2

wow!!

crank

Lubang minyak sebelah kiri dan batang pedal ada logo kepala burung

 

 
1 Comment

Posted by on July 23, 2009 in gerek rare

 

The Swan Super B

Salam..

Dipaparkan gerek pelik tapi benar yang telah di custom made The Swan Super B ladies oleh sifu Ameng Semanggol.Menurutnya,gerek ni saja dibuat untuk mengisi sisa-sisa hidup di waktu tua ni,maklumlah kalu tak badan dok diam jer,sakit sana,sakit sini.Terima kasih.

ameng 1

The Swan Super B Ladies

ameng5

Lihat,ada absober ditengah tu...custom made

ameng 2

Disc Brake dan rim W.O

 
Leave a comment

Posted by on May 15, 2009 in gerek rare