RSS

Monthly Archives: April 2008

aku.gerekers.sungai.petani.

Salam perkenalan dan perpaduan…

Terciptanya blog ini adalah hasil daripada minat ku yang amat mendalam terhadap gerek tua..Gerek tua meninggalkan banyak nostalgia dalam hidup ku..Perkara yang paling tidak boleh aku lupakan ialah pergi mendaftar nama zuriat pertama ku dengan mengayuh gerek tua Hercules ke pejabat pendaftaran dan ditemai rakan karib ku Lee Raleigh..Sungguh menggamit perasaan…

Di bawah ini merupakan sebahagian rakan-rakan yang mempunyai hobi yang sama dan amat menyintai gerek tua,dan tertubuhlah ” Gerekers Sungai Petani ” secara tidak rasminya..Semoga dapat bertambah rakan-rakan di masa akan datang…Terima kasih kepada Lee,Fuad, Anuar Sg. Lalang,Cikmin, Cikgu Zulbahrain dan Cikgu Kamal dan yang lain2 ya kerana support scene gerek di Sungai Petani..

Ini baju kumpulan kami…

Ini sebahgian daripada peminat2 gerek tua Sungai Petani

Aktiviti mingguan kayuh…kayuh …kayuh…

Menyertai perarakan Hari Merdeka…

Gerek tua sport kepunyaan ku…Jam Besaq Sungai Petani yang famous..

Hercules 28 milik Anuar Sg.Lalang…Tok Janggut Anot..

Koleksi rakan karib ku…Lee Raleigh

Semoga kita semua dapat menjalinkan silaturrahim dan bertukar-tukar pandangan sesama kita…

Salam gerekers…

Chegu Hopper..