RSS

Monthly Archives: November 2008

School Holiday…Yeah!!

Salam gerekers dan onthelis…

Cuti sekolah sudah bermula sudah 1 minggu.Hari ini kami rancang untuk pergi berkayuh mengelilingi pekan Sg.Petani dan di samping itu rancang-rancang nak pergi menziarahi orang lama dalam bidang gerek tua di Sg.Petani iaitu Cikgu Zulbahrain.Meriah hari ni,kerana sarapan pagi di Berkat Restoran jumpa ramai gerekers yang lama dan “mooda-mooda”  belaka.Seronok sembang sampai lupa nak order roti canai.Sambil sembang-sembang, maka terkeluarlah rancangan untuk buat kayuhan yang lebih jauh lagi minggu depan.Rancangnya mahu berkayuh dari Giant Sg.Petani hingga ke Pematang Bendahari.Tempat perhimpunan di pekarangan parkir GIANT Sg.Petani pada jam 0730.Harap-harap termakbullah doa hendak kayuh reramai ni.Barang siapa yang nak accompany us,silakan lah ya.

pb210099

Untuk Ahli2 Sahaja..

 amboiii

Amboi…Cikgu Kamal dengan Royal Enfield

motor

Hijau nya…perang!!!

Tak Silap nie AJS kan?

Motor AJS

Hercules Kora

Hercules Kora

ketuat

Ada ketuat( handle lock)..rare nie…

rakap

Rakap RI

sisi

Pandangan Sisi Hercules Kora

Royal India

Royal India

pb230133

BSA

 

 

 

 
3 Comments

Posted by on November 30, 2008 in aku gerekers sg. petani

 

Raleigh Sport Ladies Croom

Salam hormat pada semua,

Hari ini salah seorang ahli GSP telah mengayuh seorang diri untuk membaiki gerek tuanya yang selalu kempis tayar depan,apa lagi tiub lama lah tu.Tukar je lah yang baru,tak payah dok tampung-tampung.Setibanya beliau di kedai pomen Ong, maka ternampaklah sebuah body/frame gerek perempuan yang mengelip( kata orang Kedah),apa tidaknya croom semuanya.Masih dalam keadaan baik frame dan aksesorinya.Beliau telah memujuk pomen tu untuk menjualnya,tetapi malangnya gerek ini telah dihadiahkan kepada rakan karibnya yaqng menetap di Kuala Lumpur.Jika ada sebarang usul/komen boleh lah kiranya rakan-rakan komentar sedikit ya.Terima kasih.

frame

Frame croom

frame2

Frame dengan cranknya

no siri

Nombor siri gerek tua sports perempuan

 
Leave a comment

Posted by on November 21, 2008 in aku gerekers sg. petani

 

Agenda HA-SIL 2008 di Jakarta

Salam onthelis & gerekers,

Pertamanya,saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya, saya  selamat tiba dengan selamatnya ke tanah Indonesia pada jam 1600 pada 31 Oktober 2008 untuk menyertai event Halal BiHalal & silaturrahim di Gedung Kwarnas Pramuka.Saya sungguh tidak pernah menyangka akan menjejaki tanah Indonesia semata-mata untuk memenuhi kehendak hobi berbasikal tua ini.Terima kasih diucapkan kepada Alex yang menyuntik perasaan/undangan ingin menyertai acara ini pada awalnya.Terima kasih bro!!

Ikhlas disanubari menyatakan memang bertuah dan beruntung menyertai acara ini,mahu tidaknya,setibanya saya di Gedung Kwarnas dengan menaiki “bajai”,terus disambut dengan mesranya oleh para onthelis seperti Pak Patria dan rakan-rakannya.Terharu rasanya. Saya terus dibawa ke tempat acara dan pusing-pusing di tempat klitikan.Banyak aksesori dan parts dijual termasuk baju-baju sepeda yang cantik.Sempat gak beli 2 3 barang..he..he..he..

Jam 1605 ( 1 November 2008), pertama kali saya bersua dengan sahabat maya, Alex yang memakai baju club saya ( Gerekers Sg.Petani ) ..tersentuh sungguh hati saya…Sementara menunggunya sempat berbual dengan Pak Indra,Pak Chandra,Pak Edi,Pak Diar,Pak Agung dan yang lain.Terima kasih di atas keramahan anda semua.Semuanya sangat teruja dan tidak sabar-sabar lagi untuk berarak mengelilingi kota Jakarta,termasuklah aku…kaki dah gedik-gedik dah..

Jam 1700, inilah saat yang ditunggu-tunggu oleh saya iaitu bersepeda mengelilingi kota Jakarta bersama onthelis Indonesia yang segak bergaya dengan sepeda tua masing-masing.Pelbagai jenis sepeda tua dapat dilihat memeriahkan suasana jalan raya di Jakarta.Kami mengonthel dengan bangganya dan menuju ke Masjid Istiqlal dan Museum Mandiri untuk aturcara yang telah disusun dengan rapi oleh pihak penganjur.Di sana sempat juga saya berkenalan dengan ramai onthelis seperti Pak Towil Podjok, Pak Fajar,Pak Ivanov, Pak Haji, Kerabat Garut, Kerabat BOS dan ramai lagi,tak putus-putus ambil gambar nih.

“TERIMA KASIH ONTHELIS INDONESIA”

ssa52016

Aku terbang demi hobi ku…

ssa52023

Tiba di Lapangan Terbang Soekarno Hatta

ssa52039

Gedung Kwarnas Pramuka( tempat kumpul para onthelis)

ssa52040

Acara jual beli…banyak parts woiii…

ssa52044

Tempat informasi dan register peserta

ssa52050

Berkumpul untuk memulakan acara round kota Jakarta

ssa52051

Akhirnya, ketemu jua..( Pak Diar,Chegu Hopper,Pak Alex,Pak Agung).Bagai mimpi!!

ssa52052

Aku dan Indra di Masjid Istiqlal

ssa52055

Pak Patria Muslimin..sentiasa temani aku…TQ

ssa52060

Ada kugiran lagi…best woooo…

ssa52071

Chegu Hopper  bersama orang-orang kuat Indonesia..

ssa52077

Makan malam bersama onthelis dan scooterist

ssa52075

Selamat Datang Onthelis Nusantara

ssa52080

Di temuramah oleh stesen TV

ssa52091

Tukar cenderamata dengan KOSTI

ssa52093

Hidup GSP & BOS

ssa52097

Wah…pawang sepeda pun ada nihh..

ssa52086

ssa52098

Chegu Hopper & Alex di Kota Tua Jakarta..TQVM Bro!

3 sahabat

Tiga bersaudara…

ngonthel

ongothel2

Mengontel kelilingi Kota Jakarta

cheguhairie

aku.gerekers.sg. petani....Orang biasa....Basikal tua....

Akhir kata, Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam acara ini,aku juga berterima kasih kepada permaisuri hatiku/isteriku ( Nadia) yang sentiasa menyokong hobi  “besi buruk” ku.Tak ketinggalan adik ku Sofea yang turut serta ke sana menyokong ku.”TERIMA KASIH SEMUA”

 

 

 
23 Comments

Posted by on November 4, 2008 in Agenda Ha-Sil 2008, Uncategorized

 

Tags: