RSS

Monthly Archives: December 2008

Antara Dua Darjat

Salam gerekers dan onthelis

Buat kali ini, ditampilkan dua buah sepeda/gerek airborne BSA yang telah diemailkan oleh seorang sahabat untuk dipertontonkan kepada semua peminat  sepeda/gerek/basikal tua.

Diceritakan, gerek airborne ini merupakan hak milik seorang gereker yang menetap di Negeri Melaka dan pemiliknya seorang yang begitu low profile.Gerek BSA airborne merupakan pengangkutan yang digunakan oleh para tentera British sewaktu perang dunia dahulunya dan kini ia merupakan khazanah yang begitu bernilai.Amat bertuah kepada barang siapa yang memiliki gerek ini, bukan sahaja tinggi nilai sejarahnya malah mudah dibawa ke mana-mana.Mau tidaknya,cuma lipat dan letak dalam boot kereta.Habis cerita.

Justeru,pengarang ingin berkongsi foto-foto yang telah disumbangkan oleh sahabat lama kita ( Bro.Rashid) yang telah membuat jejak kasih BSA ke Melaka baru-baru ini.Terima kasih.

param2

BSA Airborne WW2

param4

Sistem Brake

param5

Sticker/decal masih utuh di galang tengah

param8

Crank dan pedal yang menjadi igauan setiap orang

param-13

Wow..cuba perhatikan betul-betul..

para2

Antara Dua Darjat..tapi tetap duduk sama rendah,berdiri sama tinggi

para9

Rare species!!

para7

Khazanah yang memang tinggi nilai sejarahnya..

Moga foto-foto yang diabadikan dapat dijadikan pemangkin dan pembakar semangat untuk gerekers/ onthelis memurnikan hobi yang cukup indah ini.Sekian, terima kasih dan jutaan kemaafan.

 
1 Comment

Posted by on December 24, 2008 in gerek rare

 

Kayuhan Kota Kuala Muda

Salam…

Pada hari Ahad yang lalu, kaum kerabat peminat/pengumpul/pelestari/gerekers di Sungai Petani telah mengadakan kayuhan dari Pekan Sg.Petani menuju ke Kota Kuala Muda.Jarak ulang-alik lebih kurang 50km.Kayuhan bermula dari pukul 0740 hingga ke 1400.Paling lewat sampai rumah,sapa lagi kalu tak Chegu dan Lee.Pukul 1430 baru tiba di rumah,sempat lah makan nasi dan solat zohor.

Pada awal kayuhan,kami singgah di kediaman orang kuat GETUAS iaitu En.Razali ( Timb.Pengerusi GETUAS) yang menjamu sarapan pagi kepada para gerekers.Terima kasih daun keladi. Kayuhan pada hari ini,dihadiri oleh segenap lapisan umur dari belasan tahun hingga setengah abad umurnya.Tapi yang setengah abad umur,kayuhan cukup bertenaga,tinggal habis puak ” mooda-mooda” bertiang-tiang.

Kayuhan berhenti rehat seketika di pekan Kota Kuala Muda.Kami semua berhenti di pintu gerbang Kota Kuala Muda yang dahulunya merupakan ibu negeri Kedah sebelom Alor Star mengambil alih sebagai ibu negeri seperti sekarang. Kemudian kayuhan disambung kembali menuju ke Sg.Petani.Di bawah ini diabadikan foto-foto sebagai kenangan untuk masa depan.

8rw1

pb280172
Berkumpul di Giant
pb280184
Di kediaman Hj.Razali
pb280193
dscn4431
rscn4494
Kayuhan Cikgu B dengan Rudge Sports
dscn4467
Berhenti sat mangambil udara segar
dscn4473
Deretan gerek tua menuju ke destinasi
 
11 Comments

Posted by on December 16, 2008 in aku gerekers sg. petani