RSS

Monthly Archives: January 2009

Daulat Tuanku

Salam Hormat

Daulat Tuanku!Daulat Tuanku!Daulat Tuanku!  Merafak sembah takzim daripada ahli Gerekers Sungai Petani,Kedah.Semoga ALLAH S.W.T panjangkan umur Tuanku Sultan Abdul Halim Mu ‘adzam Shah dan memerintah dengan aman dan makmur di Negeri Kedah Darul Aman.

Sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-81, Gerekers Sungai Petani dengan rendah dirinya menganjurkan kayuhan sempena menghormati hari keputeraan baginda Sultan di sekitar Pekan Sungai Petani.Kayuhan ini bermula di SMK Pengkalan Lebai Man dan dihadiri oleh semua ahli Gerekers Sg.Petani(GSP) baik yang muda dan yang tua.Jarak kayuhan adalah 15km meliputi kontor geografi yang pelbagai bagi menggalakkan aktiviti beriadah dengan berbasikal tua.

Terima kasih diucapkan kepada Pengerusi GSP ( Cikgu Kamal) kerana menyediakan hidangan sarapan pagi yang sungguh menyelerakan.Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua yang hadir dan menjayakan kayuhan ini.

p1160469

Kelab Basikal Tua Sg. Petani

  Read the rest of this entry »

 
7 Comments

Posted by on January 21, 2009 in aku gerekers sg. petani

 

Jabatan Pos Malaysia

Salam Hormat

Gerek Jabatan Pos Malaysia ini merupakan hak milik persendirian Presiden GSP iaitu Cikgu Kamal.Ia dimiliki sudah lama dan dipercayai dapat dijejaki di kedai basikal lama di kawasan perumahannya.Pandai sungguh cari, complete set pulak tu.

Sebaigaimana yang kita tahu, gerek ini digunakan oleh posman-posman untuk menghantar surat sebelum wujudnya motosikal dahulunya.Kini,posman-posman telah menggunakan motorsikal Honda EX-5 untuk menghantar surat.Pakaian uniform juga berubah mengikut era pembangunan.

pc1602911

Raga Posmen

Read the rest of this entry »

 
2 Comments

Posted by on January 16, 2009 in Uncategorized

 

BSA Ladies Loop

Salam Hormat…

Pertamanya, semua ahli Gerekers Sungai Petani ingin mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1430 H dan Selamat Tahun Baru 2009 kepada seluruh gerekers dan onthelis dimana jua anda berada.Semoga di tahun yang baru, kita semua mempunyai azam yang baru untuk dicapai dan dinikmati dengan penuh rasa kesyukuran.

Pada kali ini,ditampilkan sebuah gerek tua yang berjenama BSA ( Birmingham Small Army) Ladies Loop yang berukuran tayar 24 inci .Gerek BSA Ladies Loop ini merupakan hak milik salah seorang ahlil GSP yang diterbangkan khusus dari Oxford, United Kingdom.Tercoret kenangan pahit manis untuk mendapatkan sebuah gerek idaman ini kerana banyak masa,wang dan titik peluh digunakan untuk merealisasikan ia berpijak di tanah air Malaysia ini.Mungkin bagi sesetengah orang, ia merupakan perkara yang remeh, tetapi bagi pemiliknya ia menyimpan 1001 cerita untuk memilikinya.

Terima kasih kepada pemiliknya kerana sudi berkongsi kenangan dan foto-foto untuk tatapan kita bersama.Enjoy it…

gambar sisi

BSA Ladies Loop

 
3 Comments

Posted by on January 2, 2009 in gerek rare