RSS

Monthly Archives: March 2009

Klinik Sepeda ( Pedal )

Salam…

Tugasan yang pertama diterima oleh GSP ialah untuk mengkaji/mengupas/meneliti spesifikasi untuk pedal yang digolongkan di dalam kategori standard/original/under license dan sebagainya.Jika terdapat sebarang komentar, pertukaran pendapat, pembetulan spesifikasi, pertambahan infomasi teknikal,gambar-gambar pedal, silalah berbuat demikian dengan jujur, ikhlas dan rasional.Segala perkongsian ilmu/pendapat/maklumat adalah amat dihargai bagi menceritakan sebenar-sebenarnya spesifikasi dan originaliti sesebuah basikal tua/klasik/antik.

Informasi

Pedal  merupakan salah satu komponen asas sesebuah basikal.Fungsinya ialah untuk membenarkan si pengayuh basikal untuk meletakkan tapak kaki dan seterusnya memindahkan tenaga / daya ke arah hadapan untuk menggerakkan gigi/piring ( crank) bersertakan rantai. Hasil daripada pemindahan daya/tenaga ini akan menghasilkan tujahan ke hadapan dan sekaligus menggerakkan basikal yang dinaiki.

Menurut Buku Katalog Raleigh Industries Ltd, pedal terbahagi kepada 4 kategori iaitu tourist – bow pedal, roadster pedal, junior pedal dan steel pedal.Berikut adalah sedikit dapatan ( sales parts number and details) dari buku katalog tersebut.

Tourist- Bow Pedals.

  1. REA 153  – Black rubber with RI monogram-chromium frame with reflector.
  2. REA 641   – Black rubber – chromium frame.
  3. REA 635   – Black Rubber – chromium frame with reflector.

Junior Pedals.

  1. REA 651  – Black Rubber
  2. REA 652  – White rubber

Roadster Pedals.

  1. REA 172   – 4″ Black rubber – amber reflector zinc frame- RI end cap.
  2. REA 162   – 4″ Black with RI monogram rubber and end cap-amber reflector-chromium frame.
  3. REA 637   – Black rubber- chromium frame.

Steel Pedals.

  1. REA 168   – Quill-sports-chromium plate.
  2. REA 169   – Quill-sports- chromium plate with reflector.
  3. REA 656   – Continental sports- chromium plate.
  4. REA 171   – Continental sports- chromium plate with reflector.
  5. REA 655   – Lightweigh – tourist- chromium plate.
  6. REA 170   – Lighweigh -tourist- chromium plate with reflector.

Phillips “Royal” Pedals  manufactured by J.A Phillips & Co. ( M.Adler Catalog 1914).

  1. Phillips Royal no.853/854 – divided rubber pedal ( bermaksud terdapat 4 getah pedal ).Ukuran panjang pedal 4 1/4 inci.
  2. Phillips Royal rubber pedals – 2 units rubber pedals.
  3. Phillips Royal – retrap pedals ( bermaksud pedal besi ).

Terima kasih.

Pedal untuk Basikal Raleigh 28″ keluaran tahun 60an.

pedal raleigh industries

Ukuran pedal ialah 4 inci dan sesuai digunakan untuk sepeda/gerek 28"

Pedal untuk Basikal Hercules 28 “

pedal hercules

Ukuran pedal 4 inci dan ada tulisan HERCULES

Pedal untuk Basikal BSA 24″

pedal BSA

Ukuran 3.5 inci untuk pedal basikal BSA bersaiz 24" dan tertera tulisan BSA

bsa 1

Tulisan BSA bersama sayapnya kelihatan di setiap lapisan getah

 Pedal Basikal BSA  Airborne

para1

Ukuran 3.5 inci untuk basikal Airborne 26". Pedal ini juga berfungsi sebagai stand untuk basikal Airborne.

param8

Dwi fungsi sebagai pedal dan tongkat..

 Pedal Sturmey Archer

pedal SA

Pedal Sturmey Archer

p3240685

Pedal Sturmey Archer part no 817

pb2301442

Pedal REA 162: 4" black rubber with reflector,RI monogram and end cap.

 
4 Comments

Posted by on March 24, 2009 in klinik basikal tua

 

Jelajah Tupah ( GSP )

Salam

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapatlah kaum kerabat Gerekers Sungai Petani ( GSP ) merealisasikan kayuhan Le Tour De Tupah pada hari Ahad lepas. Cuaca dan iklim di sekitar Daerah Kuala Muda Yan pada hari tu cukup memuaskan dan aktiviti kayuhan dapat berjalan dengan lancar dan selamat.Syukur alhamdullillah..

Arakian, semua gambar dan foto diabadikan demi catatan di masa hadapan dan menanamkan sifat cintakan khazanah lama untuk tatapan anak cucu kita di masa yang akan datang.Ramai di antaranya yang tak kenal basikal tua, lampu minyak dan lampu karbait.Semoga mereka mulai kenal dan cinta akan hobi yang murni ini.

german

Askar Jerman dilanggar di Tupah

Read the rest of this entry »

 
9 Comments

Posted by on March 21, 2009 in aku gerekers sg. petani

 

Raleigh Sports Fork Bulat

  1. Salam…

Hendak dijadikan cerita, salah seorang gerekers dan merupakan kenalan rapat telah dibukakan pintu rezekinya untuk diketemukan dengan sebuah gerek sports fork bulat yang agak uzur juga, tetapi memandangkan ianya di golongkan dalam spesies yang perlu dipelihara dan dipulihara,maka segala maharnya ditanggung beres gitu.

Gerek sports ini telah dijumpai tersadai di dalam sebuah kedai elektrik di Kuala Lumpur sekitar tahun 2006.Di waktu hujan yang lebat dan suasana di jalan raya yang sesak, gerekers itu telah membawa pulang gerek ini bagi tujuan pemeliharaan dan pemuliharaan.Tetapi sehingga kini, ianya masih tidak dipulihara kerana kekangan masa yang amat terhad dan faktor spareparts..hehehe…yelah…sekarang ini harga spareparts melambung tinggi.Tak tahan daulat..Terima kasih

body

Body Raleigh Sports

tengkuk

Tengkuk yang panjang..

kunci

lubang minyak

 

 
7 Comments

Posted by on March 18, 2009 in aku gerekers sg. petani

 

Le Tour De Tupah 15 March 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dimaklumkan Gerekers Sungai Petani ( GSP ) ingin menganjurkan kayuhan sempena cuti sekolah ke destinasi yang diberi nama HUTAN LIPUR TUPAH iaitu pusat rekreasi air terjun.Kayuhan ini adalah semata-mata untuk mengeratkan silaturrahim di antara ahli dan gerekers yang lain.Yang dekat dirapatkan, yang jauh didekat-dekatkan.Jarak kayuhan ulang alik sekitar 30km.Butiran event adalah seperti berikut:

Tarikh:  15 MARCH 2009 ( 18 RabiulAwal 1430H)

Hari    :  AHAD

Masa  :  0700 – 0730 ( berhimpun di Railway Station Sg.Petani)

                0730 – 0740 – Taklimat kayuhan oleh Presiden GSP ( Chegu Kamal)

                0745 – 0900 – Kayuhan ke Hutan Lipur Tupah

                0900               – Sarapan ( disediakan oleh GSP )

               0930- 1100  – Aktiviti riadah/forum gerektua/barter barangan

               1100- 1300 – Kayuhan pulang ke Railway station Sg.Petani

               1300              – Bersalam-salaman & bersurai

Penyertaan  : TERBUKA kepada semua yang mempunyai gerek tua/gerek

Peralatan      : Pakaian untuk mandi air terjun / tools.

Para gerekers yang mana dok ada di Sg.Petani  atau di kawasan -kawasan yang sama waktu dengannya dijemput hadir dan kayuh di hujung minggu ni.Bukan apa, aktiviti ini sebagai salah satu aktiviti riadah dan mengisi masa lapang di hujung minggu.Sekali lagi dialu-alukan,JEMPUTLAH HADIR KE LE TOUR DE TUPAH…(KEDAH MAJU 2010).Terima kasih.

Maklumat mengenai Hutan Lipur Tupah.

Hutan Lipur Tupah berada dalam Hutan Simpan Gunung Jerai yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah pada ketinggian 100 – 200 meter pada aras laut. Keunikan hutan ini ialah kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna. Sungai Tupah yang mengalir dari puncak Gunung Jerai sepanjang 2 km sesuai untuk aktiviti mandi-manda, berkelah, beristirahat dan aktiviti berkumpulan. Terdapat denai hutan sepanjang 10 km menuju ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang.

 

Hutan Lipur Tupah ini berhampiran dengan kawasan Hutan Simpan Hutan Dara dan tumbuhan utama yang terdapat di sini adalah seperti Meranti tembaga, Meranti sarang punai dan Keruing. Terdapat juga lain-lain tumbuhan seperti Simpoh dan Sepetir. Bagi mereka yang gemar dalam aktiviti lasak batu dinding di kawasan ini sesuai untuk aktiviti mendaki secara lasak dan mencabar. Bagi mereka yang berani dan tabah bolehlah mendaki sehingga ke puncak Gunung Jerai.

Lokasi:

Bedong, Kedah

 

 

Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Kedah Tengah,
08000 Sg.Petani, Kedah.
Tel. : 04-4212835
 

Terletak 14 km dari Pekan Bedong, 54 km dari Bandar Alor Setar. Boleh di hubungi melalui jalan raya.

Berbagai aktivit yang boleh dijalankan seperti mandi-manda, berkelah, berkhemah, trekking, jogging, bersiar-siar, mendaki gunung dan melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan ini.

Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Pekan Bedong.

 

 

 
1 Comment

Posted by on March 10, 2009 in aku gerekers sg. petani

 

Gerek tua Hopper yang uzur…

Salam..

Gerek tua berjenama Hopper ( emblem globe ) ini telah dijumpai di belakang rumah seorang pomen basikal berhampiran dengan rumah seorang gerekers.Sudah diperhatikan selama empat tahun lamanya dan telah diminta oleh tuan pemiliknya tetapi seru untuk menjualnya masih tak kesampaian. Justeru itu, hasil tidak berputus asa gerekers ini membuahkan hasil jua kerana akhirnya gerek tua ini dijual juga pada bulan Januari 2009 dengan mahar yang berpatutan dan mampu milik.Murah murah jer kira timbang kati…

Sehubungan dengan itu, penulis ingin berkongsi foto-foto untuk dinilai oleh para gerekers agar boleh diberi saranan/pendapat/idea dan spesifikasi yang sebenar untuk gerek tua Hopper ini.Terima kasih..

emblem

Emblem Hopper globe

Saddle Towrist

Saddle Towrist...buatan Chezchoslovakia

garpu

Fork asal dan mudguard asal

lubang

Semuanya masih original tapi sudah uzur...

 

 
4 Comments

Posted by on March 5, 2009 in gerek rare

 

Silaturrahim GSP & BOS 2009

Salam…

Pada 14 Februari yang lalu, saya sungguh tidak menyangka dapat bertemu kenalan ataupun lebih tepat lagi Onthelis BOS dari tanah seberang,Indonesia. Beliau yang saya maksudkan itu ialah Pak Indra Purnama dari warga kerabat BOS.Walapun ruang waktu yang amat terhad, kami sempat juga mengatur perjumpaan di tepi Highway Karak( Plaza Tol Gombak)  demi mengeratkan lagi silaturrahim dan saling barter barangan untuk kenangan-kenangan.Dapat pin badge BOS yang cukup cantik.

GSP1

Chegu Hopper (GSP) & Indra Purnama (BOS)

Wah! lega rasanya walaupun perjumpaan hanya 5 minit setelah menunggu hampir 1 jam dapat juga bergambar setakat 2 snap…jadilah…Mujur pemandu bas En.Khairul begitu sporting dan menjadi juru bahasa untuk kami nie.Mau tidak nya..sorang loghat Kedah..sorang loghat Indon…macam itik dengan ayam jawab nya…Tapi ahkirnya,masing-masing berasa puas kerana dapat juga bertemu. Pak Indra ni saya mula kenal di dalam blog dan kemudiannya kami berkayuh bersama di event Kendoeri Tempo Dulu di Jakarta pada November 2008. Beliau dan Pak Patria Muslimin sangat mesra melayan saya semasa berkayuh di tengah-tengah Kota Raya Jakarta.Terima kasih untuk segala kenangan terindah untuk masa depan…Semoga kita terus bersahabat…

Ikhlas tapi jauh…

…chegu hopper…(guru umpama lilin)

 
1 Comment

Posted by on March 4, 2009 in aku gerekers sg. petani