RSS

Monthly Archives: August 2009

Komuniti Pemilik Basikal Klasik Malaysia(KPBKM)

Perasmian Logo Komuniti Pemilik Basikal Klasik Malaysia (KPBKM) telah dilancarkan pada 16hb Ogos 2009 ( AHAD) bersempena pertandingan basikal klasik di Sijangkang anjuran Anjung Sepeda Antik Sijangkang(ASAS).  
Pendaftaran untuk menjadi ahli dalam komuniti tersebut telah dibuka mulai sekarang. Para pemilik basikal antik /klasik dialu-alukan untuk mendaftar sebagai ahli sebagai tanda sokongan kepada usaha murni ini demi memartabatkan Khazanah Malaya daripada terus luput ditelan waktu dan tidak bernilai.  Berita selanjutnya dan pendaftaran sila layari : ASAS /Anjung Sepeda Antik Sijangkang.
Sumber diperolehi daripada ASAS,KSTKPB dan KSTJB
banner1
 
banner2
 
banner3
MISI KPBKM
  • Memartabatkan basikal klasik  melalui silaturrahim
  • Memiliki dan melestari basikal klasik melalui aktiviti berfaedah
  • Melahirkan masyarakat yang peka akan warisan dan  khazanah  silam
  • Melahirkan masyarakat yang berilmu terhadap basikal klasik

Kumpulan Sasaran: Semua pemilik-pemilik basikal klasik di Malaysia.

Sekian,Terima Kasih.

 

 
12 Comments

Posted by on August 19, 2009 in komuniti gerektua

 

Pertandingan Sepeda Antik 2009 di Sijangkang

Salam..

Poster sijangkang

PETA

 

Satu Pertandingan Sepeda Klasik anjuran Kelab Sukan Medan Bakti dengan kerjasama Anjung Sepeda Antik Sijangkang akan diadakan pada :-

Tarikh : 16 Ogos 2009
Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Padang Awam,Waja Kohoku,Telok Panglima Garang,Selangor D.E

Kategori yang dipertandingankan adalah :-

Kategori Sepeda 24″,26″ dan 28″
Kategori Sepeda Lengkung
Kategori Sepeda Chopper
Kategori Sepeda Khas

Semua borang pendaftaran boleh dihantar semasa hari pertandingan mulai pukul 8.00 pagi.

Setiap penyertaan akan disertakan dengan sijil penyertaan.

Untuk maklumat lanjut dan borang pendaftaran boleh hubungi:

Cik Eton :- 0132721662 atau;

Download borang disini:-
Borang Pertandingan

Maklumat lanjut:-
Anjungsepedaantiksijangkang

Sekian.Penyertaan tuan dan puan sangat-sangat dialukan untuk memeriahkan lagi senario hobi ini.Terima kasih.

 
1 Comment

Posted by on August 4, 2009 in Pertandigan Gerek