RSS

Komuniti Pemilik Basikal Klasik Malaysia(KPBKM)

19 Aug
Perasmian Logo Komuniti Pemilik Basikal Klasik Malaysia (KPBKM) telah dilancarkan pada 16hb Ogos 2009 ( AHAD) bersempena pertandingan basikal klasik di Sijangkang anjuran Anjung Sepeda Antik Sijangkang(ASAS).  
Pendaftaran untuk menjadi ahli dalam komuniti tersebut telah dibuka mulai sekarang. Para pemilik basikal antik /klasik dialu-alukan untuk mendaftar sebagai ahli sebagai tanda sokongan kepada usaha murni ini demi memartabatkan Khazanah Malaya daripada terus luput ditelan waktu dan tidak bernilai.  Berita selanjutnya dan pendaftaran sila layari : ASAS /Anjung Sepeda Antik Sijangkang.
Sumber diperolehi daripada ASAS,KSTKPB dan KSTJB
banner1
 
banner2
 
banner3
MISI KPBKM
  • Memartabatkan basikal klasik  melalui silaturrahim
  • Memiliki dan melestari basikal klasik melalui aktiviti berfaedah
  • Melahirkan masyarakat yang peka akan warisan dan  khazanah  silam
  • Melahirkan masyarakat yang berilmu terhadap basikal klasik

Kumpulan Sasaran: Semua pemilik-pemilik basikal klasik di Malaysia.

Sekian,Terima Kasih.

 

Advertisements
 
12 Comments

Posted by on August 19, 2009 in komuniti gerektua

 

12 responses to “Komuniti Pemilik Basikal Klasik Malaysia(KPBKM)

  1. Ahli KSTKPB

    August 19, 2009 at 4:06 am

    Salam,
    Tahniah buat cikgu Hairi kerana Idea yang bernas.Semoga komuniti ini akan dijayakan dengan sempurnanya.Bersama-sama kita bersatu untuk merealisasikan komuniti ini.
    Terima kasih diucapkan kepada seluruh anggota KSTKPB,ASAS,GSP,KSTJB,KBKM,Cikgu Ijass,Rasyid,Cikgu sabri,Cikgu Bakhtiar,otai-otai lama,peminat baru sekalian kerana menyokong komuniti ini.
    Terima kasih dan Tahniah buat Cikgu hopper dan semua pemilik basikal klasik Malaysia.

    Salam.

     
  2. chegu hopper

    August 19, 2009 at 4:11 am

    Wsalam…
    Terima kasih kembali kepada semua yang menyokong komuniti ini,ia adalah untuk semua…

     
  3. Mofti KSTJB

    August 20, 2009 at 7:39 am

    Chegu Hopper, saya kurang arif nak komen…tentang MISI tu. Pastinya Chegu telah bertanya pada yang arif. Cuma MISI yg kedua iaitu Memelihara dan Memulihara hobi berbasikal klasik. Banyak maksud disini. 1. Memelihara : adakah ianya bersesuaian dengan basikal. 2. Memulihara : Ianya ditujukan kepada basikal atau hobi itu sendiri. Samada basikal itu sendiri yang hendak kita pulihkan atau hobi yg nak di sematkan.

    Kesesuaian memelihara, saya kurang pasti ianya bersesuaian dengan benda mati. Apa kata kalau, ini cadangan saya saja tidak semestinya ianya boleh diguna pakai. Kita berbincang sama :

    Memiliki dan melestari basikal antik melalui aktiviti riadah

    Maaf chegu . Ini pandangan saya saja. Ramai dikalangan kita warga pendidik.Mereka lebih arif. TQ kerana memberi peluang kepada saya utk menutarakan pendapat.

     
    • chegu hopper

      August 20, 2009 at 8:09 am

      Terima Kasih Sdr. Mofti..saya terima dengan hati yang terbuka untuk kebaikkan bersama…

       
  4. chegu hopper

    August 20, 2009 at 8:20 am

    Sememangnya ayat paling tepat ialah “melestarikan.”..terima kasih Sdr.Mofti kerana mengingatkan saya dengan perkataan yang paling sesuai untuk kebaikkan bersama.Ini adalah untuk kebaikkan kita bersama dan dialu-alukan untuk penambahbaikkan.Yang baik itu datangnya dari ALLAH, kelemahan datangnya dari diri saya sendiri.Terima kasih..
    “Biasakan yang betul…perbetulkan yang kurang betul”

     
  5. Mofti KSTJB

    August 20, 2009 at 9:02 am

    Maaf lagi chegu, kalau boleh jadikan ;

    1. Memertabatkan basikal klasik melalui silaturahim – sebab yg nak dimertabatkan adalah basikal.

    2. Memiliki dan melestari basikal klasik melalui aktiviti berfaedah – jgn letak yang.

    3. Melahirkan masyarakat yang peka akan warisan dan khazanah silam.

    4. Melahirkan masyarakat berilmu terhadap basikal klasik

    atau

    – Mewujudkan perasaan 1 Malaysia dikalangan pencinta.

    – Wadah saluran informasi terhadap basikal klasik

    Mungkin Chegu ijass bolah tambah… kita gaduh dulu tak pe jangan gaduh kemudian. Tq

     
    • chegu hopper

      August 21, 2009 at 12:37 am

      Terima kasih dan saya sudah pinda untuk kebaikkan semua..

       
  6. ijass

    August 20, 2009 at 11:13 am

    Saya memangnya bila menulis gunakan bahasa surat, tetapi tentang kosa kata untuk buat ayat yang puitis agak keberatan. Saya ini cikgu kimia, kalau buat persamaan dan tulis formula sememangnya arif.
    Saya pilih jalan tengah, apa-apapun semua ke arah kebaikan, saya terima sumbangsaranan daripada saudara semua. Teruskan percambahan fikiran, agak-agak terbantut dan buntu, panggil saya akan bagi formulanya. Terima kasih.

     
    • chegu hopper

      August 21, 2009 at 12:38 am

      Sama lah kita cikgu..sorang cikgu kimia dan seorang lagi cikgu tukang-tukang..hehehe

       
  7. Mofti KSTJB

    August 21, 2009 at 2:07 am

    Ok chegu dah baik tu MISI atau Objektif penubuhan komuniti. Semuga terus mendapat sambutan dari pemilik-pemilik basikal tua.

     
  8. pyan_rudge

    August 21, 2009 at 3:27 pm

    salam,

    Progress komuniti basikal klasik malaysia ini sangatlah memberangsangkan. Saya mempunyai sedikit komentar sebagai satu cadangan penambahbaikan kepada usaha murni ini.

    1. Misi yang terakhir hemah saya agak molek jika diletakkan diantara top three dalam misi KPBKM.

    2. Juga KPBKM perlu ada ‘Vision Statement’. Ini bagi memperkasakan lagi misi yang sedia ada.

    Walaupun agak sibuk dengan runtunan kerjaya, namun, melalui KSTKPB, insyallah saya akan membantu KPBKM.

    pyan_rudge

     
  9. talam2muka

    August 30, 2009 at 9:53 am

    tumpang lalu

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: