RSS

Category Archives: aku gerekers sg. petani

B.S.A (Berkat.Syukur.Alhamdullillah)

Salam..

Berkat.Syukur.Alhamdullillah merupakan kalimah pertama yang terkeluar daripada mulut gerekers ini pabila dapat memiliki gerek/basikal B.S.A sports frame 22″ yang dicari-carinya.Saya sendiri teruja apabila melihat gerek ini kerana ia cukup sukar didapati di tanahair kita, kerana ini merupakan kali pertama saya terjumpa spesis ini.Mungkin ada di antara kita juga memilikinya ( Tahniah ), maka ianya sekadar untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan akan kewujudan spesis BSA  ini di tanahair kita Malaysia.Semoga kita mendapat sedikit input/dapatan daripada khazanah yang dimiliki oleh rakan-rakan kita.Terima kasih.

bsa s1
BSA Sports
bsa s2
Mudguard
bsa s3

Dyno lite

bsa s6

Brake B.S.A

bsa s7

Saddle Brooks

bsa s4

The famous BSA 3 speed hub

bsa s12

3 speed BSA trigger

bsa s16

Chaincase

Advertisements
 
2 Comments

Posted by on October 5, 2009 in aku gerekers sg. petani, gerek rare

 

Jelajah Tupah ( GSP )

Salam

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapatlah kaum kerabat Gerekers Sungai Petani ( GSP ) merealisasikan kayuhan Le Tour De Tupah pada hari Ahad lepas. Cuaca dan iklim di sekitar Daerah Kuala Muda Yan pada hari tu cukup memuaskan dan aktiviti kayuhan dapat berjalan dengan lancar dan selamat.Syukur alhamdullillah..

Arakian, semua gambar dan foto diabadikan demi catatan di masa hadapan dan menanamkan sifat cintakan khazanah lama untuk tatapan anak cucu kita di masa yang akan datang.Ramai di antaranya yang tak kenal basikal tua, lampu minyak dan lampu karbait.Semoga mereka mulai kenal dan cinta akan hobi yang murni ini.

german

Askar Jerman dilanggar di Tupah

Read the rest of this entry »

 
9 Comments

Posted by on March 21, 2009 in aku gerekers sg. petani

 

Raleigh Sports Fork Bulat

  1. Salam…

Hendak dijadikan cerita, salah seorang gerekers dan merupakan kenalan rapat telah dibukakan pintu rezekinya untuk diketemukan dengan sebuah gerek sports fork bulat yang agak uzur juga, tetapi memandangkan ianya di golongkan dalam spesies yang perlu dipelihara dan dipulihara,maka segala maharnya ditanggung beres gitu.

Gerek sports ini telah dijumpai tersadai di dalam sebuah kedai elektrik di Kuala Lumpur sekitar tahun 2006.Di waktu hujan yang lebat dan suasana di jalan raya yang sesak, gerekers itu telah membawa pulang gerek ini bagi tujuan pemeliharaan dan pemuliharaan.Tetapi sehingga kini, ianya masih tidak dipulihara kerana kekangan masa yang amat terhad dan faktor spareparts..hehehe…yelah…sekarang ini harga spareparts melambung tinggi.Tak tahan daulat..Terima kasih

body

Body Raleigh Sports

tengkuk

Tengkuk yang panjang..

kunci

lubang minyak

 

 
7 Comments

Posted by on March 18, 2009 in aku gerekers sg. petani

 

Le Tour De Tupah 15 March 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dimaklumkan Gerekers Sungai Petani ( GSP ) ingin menganjurkan kayuhan sempena cuti sekolah ke destinasi yang diberi nama HUTAN LIPUR TUPAH iaitu pusat rekreasi air terjun.Kayuhan ini adalah semata-mata untuk mengeratkan silaturrahim di antara ahli dan gerekers yang lain.Yang dekat dirapatkan, yang jauh didekat-dekatkan.Jarak kayuhan ulang alik sekitar 30km.Butiran event adalah seperti berikut:

Tarikh:  15 MARCH 2009 ( 18 RabiulAwal 1430H)

Hari    :  AHAD

Masa  :  0700 – 0730 ( berhimpun di Railway Station Sg.Petani)

                0730 – 0740 – Taklimat kayuhan oleh Presiden GSP ( Chegu Kamal)

                0745 – 0900 – Kayuhan ke Hutan Lipur Tupah

                0900               – Sarapan ( disediakan oleh GSP )

               0930- 1100  – Aktiviti riadah/forum gerektua/barter barangan

               1100- 1300 – Kayuhan pulang ke Railway station Sg.Petani

               1300              – Bersalam-salaman & bersurai

Penyertaan  : TERBUKA kepada semua yang mempunyai gerek tua/gerek

Peralatan      : Pakaian untuk mandi air terjun / tools.

Para gerekers yang mana dok ada di Sg.Petani  atau di kawasan -kawasan yang sama waktu dengannya dijemput hadir dan kayuh di hujung minggu ni.Bukan apa, aktiviti ini sebagai salah satu aktiviti riadah dan mengisi masa lapang di hujung minggu.Sekali lagi dialu-alukan,JEMPUTLAH HADIR KE LE TOUR DE TUPAH…(KEDAH MAJU 2010).Terima kasih.

Maklumat mengenai Hutan Lipur Tupah.

Hutan Lipur Tupah berada dalam Hutan Simpan Gunung Jerai yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah pada ketinggian 100 – 200 meter pada aras laut. Keunikan hutan ini ialah kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna. Sungai Tupah yang mengalir dari puncak Gunung Jerai sepanjang 2 km sesuai untuk aktiviti mandi-manda, berkelah, beristirahat dan aktiviti berkumpulan. Terdapat denai hutan sepanjang 10 km menuju ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang.

 

Hutan Lipur Tupah ini berhampiran dengan kawasan Hutan Simpan Hutan Dara dan tumbuhan utama yang terdapat di sini adalah seperti Meranti tembaga, Meranti sarang punai dan Keruing. Terdapat juga lain-lain tumbuhan seperti Simpoh dan Sepetir. Bagi mereka yang gemar dalam aktiviti lasak batu dinding di kawasan ini sesuai untuk aktiviti mendaki secara lasak dan mencabar. Bagi mereka yang berani dan tabah bolehlah mendaki sehingga ke puncak Gunung Jerai.

Lokasi:

Bedong, Kedah

 

 

Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Kedah Tengah,
08000 Sg.Petani, Kedah.
Tel. : 04-4212835
 

Terletak 14 km dari Pekan Bedong, 54 km dari Bandar Alor Setar. Boleh di hubungi melalui jalan raya.

Berbagai aktivit yang boleh dijalankan seperti mandi-manda, berkelah, berkhemah, trekking, jogging, bersiar-siar, mendaki gunung dan melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan ini.

Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Pekan Bedong.

 

 

 
1 Comment

Posted by on March 10, 2009 in aku gerekers sg. petani

 

Silaturrahim GSP & BOS 2009

Salam…

Pada 14 Februari yang lalu, saya sungguh tidak menyangka dapat bertemu kenalan ataupun lebih tepat lagi Onthelis BOS dari tanah seberang,Indonesia. Beliau yang saya maksudkan itu ialah Pak Indra Purnama dari warga kerabat BOS.Walapun ruang waktu yang amat terhad, kami sempat juga mengatur perjumpaan di tepi Highway Karak( Plaza Tol Gombak)  demi mengeratkan lagi silaturrahim dan saling barter barangan untuk kenangan-kenangan.Dapat pin badge BOS yang cukup cantik.

GSP1

Chegu Hopper (GSP) & Indra Purnama (BOS)

Wah! lega rasanya walaupun perjumpaan hanya 5 minit setelah menunggu hampir 1 jam dapat juga bergambar setakat 2 snap…jadilah…Mujur pemandu bas En.Khairul begitu sporting dan menjadi juru bahasa untuk kami nie.Mau tidak nya..sorang loghat Kedah..sorang loghat Indon…macam itik dengan ayam jawab nya…Tapi ahkirnya,masing-masing berasa puas kerana dapat juga bertemu. Pak Indra ni saya mula kenal di dalam blog dan kemudiannya kami berkayuh bersama di event Kendoeri Tempo Dulu di Jakarta pada November 2008. Beliau dan Pak Patria Muslimin sangat mesra melayan saya semasa berkayuh di tengah-tengah Kota Raya Jakarta.Terima kasih untuk segala kenangan terindah untuk masa depan…Semoga kita terus bersahabat…

Ikhlas tapi jauh…

…chegu hopper…(guru umpama lilin)

 
1 Comment

Posted by on March 4, 2009 in aku gerekers sg. petani

 

King Edward Posto..

Salam Hormat

Gerek tua ala pos ini merupakan salah sebuah gerek kepunyaan ” orang lama” di Sg.Petani yang telah menghimpun khazanah lama sejak tahun 90an lagi. Jenama gerek pos ini ialah King Edward ala-ala Jason King.Barang-barang yang terletak di gerek ini boleh dikatakan 90% original dan telah direstorasi semula oleh Chegu Zul.

emblem

Emblem King Edward

Read the rest of this entry »

 
2 Comments

Posted by on February 24, 2009 in aku gerekers sg. petani

 

Daulat Tuanku

Salam Hormat

Daulat Tuanku!Daulat Tuanku!Daulat Tuanku!  Merafak sembah takzim daripada ahli Gerekers Sungai Petani,Kedah.Semoga ALLAH S.W.T panjangkan umur Tuanku Sultan Abdul Halim Mu ‘adzam Shah dan memerintah dengan aman dan makmur di Negeri Kedah Darul Aman.

Sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-81, Gerekers Sungai Petani dengan rendah dirinya menganjurkan kayuhan sempena menghormati hari keputeraan baginda Sultan di sekitar Pekan Sungai Petani.Kayuhan ini bermula di SMK Pengkalan Lebai Man dan dihadiri oleh semua ahli Gerekers Sg.Petani(GSP) baik yang muda dan yang tua.Jarak kayuhan adalah 15km meliputi kontor geografi yang pelbagai bagi menggalakkan aktiviti beriadah dengan berbasikal tua.

Terima kasih diucapkan kepada Pengerusi GSP ( Cikgu Kamal) kerana menyediakan hidangan sarapan pagi yang sungguh menyelerakan.Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua yang hadir dan menjayakan kayuhan ini.

p1160469

Kelab Basikal Tua Sg. Petani

  Read the rest of this entry »

 
7 Comments

Posted by on January 21, 2009 in aku gerekers sg. petani