RSS

Category Archives: gerek rare

Rhino Loop Frame 30an

Salam..

Jenama basikal ini ialah Rhino ataupun org utara panggil Chap Badak.Basikal ini keluaran tahun 1930an.Pemilik basikal lengkung ini merupakan pengumpul basikal klasik tegar sekitar tahun 90an.Banyak koleksi nya sudah terjual dan ada beberapa basikal klasik masih disimpan rapi untuk tatapan anak cucunya.Terima kasih.

Basikal Lengkung Rhino 1930an

spesifikasi:

HANDLE BAR CHAP BADAK

FORK CHAP BADAK

SADDLE KLOSTER

RIM LIPAT DUNLOP

KUNCI ABUS

BELL LUCAS

PEDAL BRAMPTON

 

 
Leave a comment

Posted by on June 16, 2010 in gerek rare

 

B.S.A (Berkat.Syukur.Alhamdullillah)

Salam..

Berkat.Syukur.Alhamdullillah merupakan kalimah pertama yang terkeluar daripada mulut gerekers ini pabila dapat memiliki gerek/basikal B.S.A sports frame 22″ yang dicari-carinya.Saya sendiri teruja apabila melihat gerek ini kerana ia cukup sukar didapati di tanahair kita, kerana ini merupakan kali pertama saya terjumpa spesis ini.Mungkin ada di antara kita juga memilikinya ( Tahniah ), maka ianya sekadar untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan akan kewujudan spesis BSA  ini di tanahair kita Malaysia.Semoga kita mendapat sedikit input/dapatan daripada khazanah yang dimiliki oleh rakan-rakan kita.Terima kasih.

bsa s1
BSA Sports
bsa s2
Mudguard
bsa s3

Dyno lite

bsa s6

Brake B.S.A

bsa s7

Saddle Brooks

bsa s4

The famous BSA 3 speed hub

bsa s12

3 speed BSA trigger

bsa s16

Chaincase

 
2 Comments

Posted by on October 5, 2009 in aku gerekers sg. petani, gerek rare

 

Gerek Norman 24″

Salam..

Basikla tua/sepeda/gerek tua berjenama Norman ini bersaiz roda 24 inci. Tuan punya miliknya juga merupakan seorang gerekers dan collector tegar yang fanatik dengan segala barangan buatan England.Berikut ialah spesifikasi basikal tua Norman ini:

  • Handle Norman ” Made In England “
  • Rim W.O Dunlop 24″
  • Saddle B66 Brooks
  • Pedal Norman ( Pehhhh…)
  • Crank Williams
  • Lampu dan Dinamo Miller
  • Pam Made In England
  • Rantai Coventry
  • Mudguard asal
  • Basikal ini sudah di cat ulang
emblem norman

Emblem Norman

Pandangan sisi

Pandangan sisi Norman 24"

handle

Handle Norman " Made In England"

no siri

Nombor siri di tengkuk hadapan

Pedal

Pedal Norman

 

 
4 Comments

Posted by on September 9, 2009 in gerek rare

 

Raleigh Lady’s Fork Bulat..

Salam..

Gerek tua berjenama Raleigh Lady’s Sports ini merupakan salah satu gerek yang sukar diperolehi dan amat jarang ditemui di jalan raya.Kalau terserempak,jangan berlengah lagi…pinang terus ya…Amat bertuah kepada owner nya yang bermati-matian untuk memiliki gerek ini.Peralatan dan perkakasan  di gerek ini hampir 95% original dan sayangnya ia tidak diselenggara dengan baik ketika dijumpai.Spesifikasi perkakasannya ialah:

1. Saddle Terry ( Made In England)

2. Rim Dunlop Endrick ( 26 x 1 3/8) Made in England

3. Tayar Dunlop

4. Brake Made In England

5. Stem ( kecik tapi ada cop orang tua)

6. Fork bulat

7.Pedal / Crank Raleigh

8.Tail Light Miller

9.Mudguard

10.Loceng Lucas ( KOTR )

11. Miller Lamp dan dinamo Miller

12.Three Speed ( SA)

Selamat berkongsi ilmu dan pengalaman,jika ada perkongsian ilmu dan info,silakan curahkannya di ruangan komen.TQ

Raleigh

Pandangan sisi spesies terancam..

fork bulat raleigh

Fork Bulat tersergam indah

P7070829

Stem dan lamp hook Raleigh

Raleigh

Sticker Raleigh samar-samar di atas galang..

saddle

Saddle/seat/pelana Terry 3 spring..suitable untuk gerek ini..

oilcase

Peti rantai ( ada lubang minyak di atas )

oilcase

Peti rantai ( lubang minyak di bawah )

mudguard belakang

Mudguard Belakang

brake

Perhatikan tuas brake nya betul-betul...

brake 2

wow!!

crank

Lubang minyak sebelah kiri dan batang pedal ada logo kepala burung

 

 
1 Comment

Posted by on July 23, 2009 in gerek rare

 

The Swan Super B

Salam..

Dipaparkan gerek pelik tapi benar yang telah di custom made The Swan Super B ladies oleh sifu Ameng Semanggol.Menurutnya,gerek ni saja dibuat untuk mengisi sisa-sisa hidup di waktu tua ni,maklumlah kalu tak badan dok diam jer,sakit sana,sakit sini.Terima kasih.

ameng 1

The Swan Super B Ladies

ameng5

Lihat,ada absober ditengah tu...custom made

ameng 2

Disc Brake dan rim W.O

 
Leave a comment

Posted by on May 15, 2009 in gerek rare

 

KaraZZZZ!!

Salam…

Wow…itu merupakan perkataan yang terhambur dari mulut ku pabila melihat gerek-gerek yang terlalu uzur dan karat tetapi amat bernilai untuk penchebta gerek-gerek tua .Justeru,boleh dikatakan ia merupakan spesis-spesis yang terancam dan pupus ditelan zaman.Nak jadikan hal dan pasal, gerek-gerek ini telah “dihadiahkan” oleh anak murid ( Kaarthic ) yang terlalu menyangjungi hobi murni guru nya.Maka,apa lagi bak orang mengantuk disorongkan bantal, maka sang guru dengan senyum lebar menerima seadanya spesis-spesisi ini.Insya Allah,jika ada lagi,bawak mai lah lagi…Terima kasih.

tiga serangkai

Tiga serangkai...tapi semua karazzz...

 

p4090717

Waduh...murah murah jer..

 

p4090716

Terhutang budi pada anak didik nie..

 

p4080712

Almaklum...semua lengkap dengan crank..

 

 
5 Comments

Posted by on April 13, 2009 in gerek rare

 

Gerek tua Hopper yang uzur…

Salam..

Gerek tua berjenama Hopper ( emblem globe ) ini telah dijumpai di belakang rumah seorang pomen basikal berhampiran dengan rumah seorang gerekers.Sudah diperhatikan selama empat tahun lamanya dan telah diminta oleh tuan pemiliknya tetapi seru untuk menjualnya masih tak kesampaian. Justeru itu, hasil tidak berputus asa gerekers ini membuahkan hasil jua kerana akhirnya gerek tua ini dijual juga pada bulan Januari 2009 dengan mahar yang berpatutan dan mampu milik.Murah murah jer kira timbang kati…

Sehubungan dengan itu, penulis ingin berkongsi foto-foto untuk dinilai oleh para gerekers agar boleh diberi saranan/pendapat/idea dan spesifikasi yang sebenar untuk gerek tua Hopper ini.Terima kasih..

emblem

Emblem Hopper globe

Saddle Towrist

Saddle Towrist...buatan Chezchoslovakia

garpu

Fork asal dan mudguard asal

lubang

Semuanya masih original tapi sudah uzur...

 

 
4 Comments

Posted by on March 5, 2009 in gerek rare

 

Raleigh Sapphire

Salam Hormat

Raleigh Sapphire ini boleh dikategorikan 90% barangannya original lagi.Pemiliknya merupakan pengusaha kedai basikal. Mana lah tahu kan, gambar-gambar di bawah ini boleh dijadikan sumber rujukan di harian mendatang.Terima kasih.

raleigh 1

Raleigh Sapphire

sapphire
Batang Body bersama sticker asal

p2020571

tayar

 
1 Comment

Posted by on February 23, 2009 in gerek rare

 

Lanca!Lanca Merah!

Salam Hormat..

Beca ( Lanca )merupakan salah satu alat pengangkutan yang popular di zaman dahulu,sehinggakan P. Ramlee sendiri telah menamakan salah satu filemnya Penarek Becha.Tapi sekarang,beca sudah kurang popular dan jarang dapat dilihat berada di jalan raya kecuali di Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang dan Melaka.Sehubungan dengan itu, ingin saya mengetengahkan salah sebuah beca( Lanca) yang dalam proses restorasi semula di Kedai Zon Dinar, Alor Star.Pemilik beca ini merupakan seorang kolektor yang hebat di selatan Negeri Perak.

Beca ini telah didapati daripada penarek becha yang telah berhenti daripada lapangannya kerana faktor usia.Agak rumit juga proses restorasi beca kerana segala pekerjaannya melipatkan kos yang dua kali ganda berbanding restorasi gerek.Maklumlah segala kos perlu dikira melibatkan seat,bumbung,pelapik kaki dan macam-macam lagi.Arakian,hasilnya ialah seperti di bawah ini:

lanca1

Beca yang telah 80% siap direstorasi

beca2

Proses restorasi memakan masa 2 Minggu

lanca3

Kota Bharu Come Sokmo!!

hub

brooks

Saddle Brooks Pakis!!

beca raleigh

Sekian,untuk kali ini.Barang siapa yang berminat untuk menyimpan koleksi beca boleh lah pergi berkunjung ke  Kedai Zon Dinar di Alor Star.Tq

 
1 Comment

Posted by on February 23, 2009 in gerek rare

 

BSA Ladies Loop

Salam Hormat…

Pertamanya, semua ahli Gerekers Sungai Petani ingin mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1430 H dan Selamat Tahun Baru 2009 kepada seluruh gerekers dan onthelis dimana jua anda berada.Semoga di tahun yang baru, kita semua mempunyai azam yang baru untuk dicapai dan dinikmati dengan penuh rasa kesyukuran.

Pada kali ini,ditampilkan sebuah gerek tua yang berjenama BSA ( Birmingham Small Army) Ladies Loop yang berukuran tayar 24 inci .Gerek BSA Ladies Loop ini merupakan hak milik salah seorang ahlil GSP yang diterbangkan khusus dari Oxford, United Kingdom.Tercoret kenangan pahit manis untuk mendapatkan sebuah gerek idaman ini kerana banyak masa,wang dan titik peluh digunakan untuk merealisasikan ia berpijak di tanah air Malaysia ini.Mungkin bagi sesetengah orang, ia merupakan perkara yang remeh, tetapi bagi pemiliknya ia menyimpan 1001 cerita untuk memilikinya.

Terima kasih kepada pemiliknya kerana sudi berkongsi kenangan dan foto-foto untuk tatapan kita bersama.Enjoy it…

gambar sisi

BSA Ladies Loop

 
3 Comments

Posted by on January 2, 2009 in gerek rare