RSS

Category Archives: komuniti gerektua

Komuniti Pemilik Basikal Klasik Malaysia(KPBKM)

Perasmian Logo Komuniti Pemilik Basikal Klasik Malaysia (KPBKM) telah dilancarkan pada 16hb Ogos 2009 ( AHAD) bersempena pertandingan basikal klasik di Sijangkang anjuran Anjung Sepeda Antik Sijangkang(ASAS).  
Pendaftaran untuk menjadi ahli dalam komuniti tersebut telah dibuka mulai sekarang. Para pemilik basikal antik /klasik dialu-alukan untuk mendaftar sebagai ahli sebagai tanda sokongan kepada usaha murni ini demi memartabatkan Khazanah Malaya daripada terus luput ditelan waktu dan tidak bernilai.  Berita selanjutnya dan pendaftaran sila layari : ASAS /Anjung Sepeda Antik Sijangkang.
Sumber diperolehi daripada ASAS,KSTKPB dan KSTJB
banner1
 
banner2
 
banner3
MISI KPBKM
  • Memartabatkan basikal klasik  melalui silaturrahim
  • Memiliki dan melestari basikal klasik melalui aktiviti berfaedah
  • Melahirkan masyarakat yang peka akan warisan dan  khazanah  silam
  • Melahirkan masyarakat yang berilmu terhadap basikal klasik

Kumpulan Sasaran: Semua pemilik-pemilik basikal klasik di Malaysia.

Sekian,Terima Kasih.

 

Advertisements
 
12 Comments

Posted by on August 19, 2009 in komuniti gerektua